Agama Kristian Anjing_dalam_agama

Patung Santo Roch dengan anjingnya, di Praha, Republik Czech.

Anjing disebut dalam Kitab Tobit deuterokanun, setia menemani Tobias, anak Tobit dan malaikat Israfil dalam perjalanan mereka.

Nabi Isa menceritakan kisah orang miskin Lazarus, yang kudisnya dijilat oleh anjing jalanan. Ini secara tradisional telah dilihat sebagai menunjukkan kesengsaraan Lazarus.

Gereja Roman Katolik mengiktiraf Santo Roch (juga dipanggil Santo Rocco), yang tinggal pada awal abad ke-14 di Perancis, sebagai santo pelindung anjing. Terkata bahawa beliau menjangkiti plag sementara melakukan kerja amal dan pergi ke dalam hutan, menjangkakan ajal. Di sana beliau berkawan dengan seekor anjing yang menjilat kudis beliau dan membawakan beliau makanan, dan beliau boleh sembuh. Hari perayaan Santo Roch, 16 Ogos, disambut di Bolivia sebagai "hari jadi semua anjing".[3]

Santo Guinefort ialah nama yang diberikan kepada seekor anjing yang menerima penghormatan sebagai santo di sebuah tempat suci Perancis dari abad ke-13 ke ke-20.[4]

Anjing hitam dan putih kadang-kadang digunakan sebagai lambang tidak rasmi order Dominikan biarawan dan biarawati seagama. Ini bercabang daripada permainan kata Latin: sungguhpun nama order sebenarnya Pengkhutbah Bersaudara (Ordus Praedicatorum - order pengkhutbah), nama umumnya ialah Dominikan (sempena Santo Dominik, pengasasnya): Domini canes dalam bahasa Latin bererti "anjing-anjing Pembesar."

Rujukan

WikiPedia: Anjing_dalam_agama http://www.culturalcatholic.com/SaintRoch.htm http://www.nepalhomepage.com/society/festivals/tih... http://partners.nytimes.com/library/magazine/home/... http://www.poetryloverspage.com/poets/byron/byron_... http://bigstory.ap.org/article/ancient-dog-burial-... http://www.avesta.org/ritual/funeral.htm http://www.avesta.org/vendidad/vd13sbe.htm http://www.avesta.org/vendidad/vd14sbe.htm http://www.avesta.org/vendidad/vd15sbe.htm http://www.avesta.org/vendidad/vd_tc.htm